Tarikh   : 5 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan windows movie maker serta meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat video yang menarik menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Tayangan video tersebut dapat menyemai kesedaran dalam diri peserta agar berwaspada dengan ancaman pedofilia di alam maya. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan windows movie maker. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk video, memasukkan gambar yang menarik dan sesuai dengan tajuk yang diberi, memasukkan muzik, mempercepatkan kelajuan video serta menyimpan video yang telah siap.

Klik sini untuk lihat foto