Tarikh   : 12 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi di internet dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Menentusahkan maklumat". Peserta diingatkan agar memastikan sesuatu maklumat adalah benar sebelum menyebarkannya di internet. Selepas slot KDB, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk poster. Peserta diajar cara mengedit template untuk poster, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto