Tarikh   : 17 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Petugas memaklumkan kepada peserta tentang peranan Pusat Internet Komuniti iaitu sebagai salah sebuah pusat pengumpulan sisa elektronik terpakai. Peserta digalakkan agar bersama menyokong kempen Mobile e-waste demi kesejahteraan alam sekitar. Seterusnya, peserta diajar cara menaip menggunakan papan kekunci QWERTY dan susun letak kedudukan jari yang betul pada papan kekunci. Selepas itu, peserta diajak melakukan latihan menaip menggunakan laman Typing Club. Petugas memberikan latihan menaip surat rasmi menggunakan microsoft word bagi mengukuhkan kemahiran peserta.

Klik sini untuk lihat foto