Tarikh : 2 Mei 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi di internet dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati agar tidak diperdaya oleh sendiket penipuan kewangan secara atas talian yang semakin berleluasa pada zaman moden kini. Selepas itu, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk poster. Peserta diajar cara mengedit template untuk poster, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai dengan tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang poster. Peserta diajar cara memuat naik gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.