Tarikh   : 7 Mei 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta membuat poster menggunakan microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Peserta kemudiannya diajar cara menukar orientasi slide kepada portrait agar mudah untuk membuat poster. Petugas meminta peserta membuat poster bertemakan “Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”.  Peserta diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan memasukkan bentuk menggunakan kaedah insert-shape. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto