Tarikh : 10 Mei 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan melabel peta menggunakan microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Jangan sebarkan pembohongan". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dalam berkongsi pendapat atau maklumat di media sosial agar tidak menjadi individu yang menyebarkan maklumat palsu. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan masjid-masjid cantik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam slide, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk pada slide menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.