Tarikh   : 3 September 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permualaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Semak Fakta". Penayangan video tersebut berupaya memberi kesedaran kepada peserta agar memeriksa kesahihan sesuatu fakta yang diperolehi sebelum disebarkan kepada orang lain. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis  dan saiz tulisan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum  memasukkan gambar ke dalam latihan yang dibuat. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto