Tarikh   : 4 September 2021

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Mengajar peserta asas untuk membuat suntingan video pendek.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta memuat naik aplikasi Cap Cut di Play Store. Petugas menjelaskan kepada peserta secara ringkas tentang fungsi aplikasi Cap Cut. Selepas itu, petugas mengajar peserta cara memasukkan video, membuang bunyi-bunyi yang tidak diingini yang ada pada video dan memotong bahagian video yang tidak dikehendaki. Peserta diajar cara memasukkan tulisan untuk menambah tajuk pada video. Peserta diajar cara memuat turun muzik latar dari laman MP3 Juice dan memasukkannya ke dalam video tadi. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil video yang siap disunting.

Klik sini untuk lihat foto