Tarikh : 13 September 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan perisian postermywall khususnya untuk membuat poster.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Peserta kelas diingatkan agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam sekitar. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat poster. Peserta diajar cara mengedit template, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan poster yang siap dibuat dalam format JPEG.