Tarikh   : 19 September 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Menambahkan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft word khususnya untuk membuat peta minda dan nota pelajaran.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta membuka microsoft word. Petugas meminta peserta membuat peta minda. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan tulisan, memasukkan bentuk untuk membuat peta minda menggunakan kaedah insert-shape, menukar latar belakang microsoft word dengan menukar warna atau meletakkan gambar yang telah dimuat turun daripada googlePeserta turut diajar cara menukar format hasil kerja daripada format microsoft word kepada format JPEG. Akhir sekali, peserta ditunjukkan tentang cara berkongsi peta minda yang dibuat kepada kawan-kawan melalui aplikasi WhatsApp web.

Klik sini untuk lihat foto