Tarikh : 1 Oktober 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Menambahkan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft word khususnya untuk menaip dan melabel peta dengan info yang menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian microsoft word. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan masjid-masjid cantik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam microsoft word, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk pada microsoft word menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.