Tarikh : 2 Oktober 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menghasilkan cara penulisan yang kreatif menggunakan aplikasi di internet.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Semak Fakta". Penayangan video tersebut kepada para peserta berupaya mendidik mereka agar berhati-hati dalam menerima setiap maklumat yang dikongsikan di media sosial. Kebanjiran maklumat palsu atau tidak benar di internet merupakan isu yang acap kali berlaku pada masa kini. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat gaya penulisan buletin (Newsletter). Mereka diajar cara mengedit template untuk sebuah buletin, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema buletin yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Langkah seterusnya, peserta diajar cara memuat turun gambar untuk latihan tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.