Tarikh : 6 November 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan risalah pelancongan yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum memasukkannya ke dalam risalah yang dibuat. Selepas itu, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan.