Tarikh : 7 November 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Tidak pasti jangan kongsi". Petugas mengingatkan peserta agar memeriksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsikan kepada khalayak umum. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft word. Petugas mengedarkan sekeping kertas kepada para peserta yang mengandungi artikel. Peserta diminta menaip artikel tersebut. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk, menaip, memasukkan bentuk yang sesuai untuk membuat gambar rajah pada artikel dan menambah gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam artikel yang dibuat. Petugas menunjukkan cara menukarkan saiz dan warna tulisan. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa kelas berlangsung.