Tarikh : 12 November 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta membuka perisian microsoft power point. Kemudian, peserta diajar cara membina slide pembentangan menggunakan perisian tersebut berpandukan contoh slide yang dipaparkan pada skrin putih. Peserta diajar cara mengedit slide, cara menukar saiz, jenis tulisan dan warna. Bagi menambahkan rupa yang menarik pada slide, peserta diajar cara memasukkan peta minda dengan cara insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema slide yang dibuat dan mengubah latar belakang slide. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat.