Tarikh : 15 November 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan Peserta : Ahli PIK |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam mengedit gambar.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video Klik dengan bijak yang bertajuk "Mobile e-waste". Melalui video tersebut, peserta diberi pengetahuan tentang pentingnya melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam sekitar. Seerusnya, peserta diajar cara membuka perisian microsoft word. Kemudian, peserta diajar cara menyediakan template untuk gambar berukuran passport dengan kaedah insert-shape. Seterusnya, peserta diminta mengambil gambar diri sendiri dan rakan-rakan. Kemudian, mereka diajar cara memotong gambar dengan kaedah crop, lalu mengubah latar belakang gambar menggunakan laman Change image background di google. Peserta diajar cara memuat turun gambar yang telah diubah latar belakangnya kepada warna biru dan memasukkannya ke dalam template gambar berukuran passport pada microsoft word tadi. Jika hasil suntingan cantik dan kemas, gambar tersebut sedia untuk dicetak.