Tarikh : 19 Disember 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menyunting gambar serta menggunakan microsoft power point untuk menghasilkan carta organisasi yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Penipuan internet". Peserta diingitkan agar berhati-hati dengan kes penipuan di alam maya yang kian menjadi-jadi dalam era serba moden kini. Seterusnya, penerangkan sambil membuat praktikal komputer posisi yang sesuai untuk bergambar bagi menghasilkan gambar berukuran passport. Selepas itu, peserta diajar memotong gambar (crop) dan menukar latar belakang gambar kepada warna biru menggunakan laman remove backgroung bg. Gambar itu kemudiannya dimuat turun. Seterusnya, untuk membuat carta organisasi peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas meminta peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam carta yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan. Di penghujung kelas, peserta diajak mengulangkaji pelajaran dengan bermain kuiz secara atas talian.