Tarikh   : 24 Disember 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam mencipta logo menggunakan microsoft power point. 

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Penipuan internet". Peserta diingitkan agar berhati-hati dengan kes penipuan di alam maya yang kian menjadi-jadi dalam era serba moden kini.  Seterusnya, sebelum terus masuk kepada pembelajaran tentang cara menghasilkan logo, petugas menerangkan kepada peserta tentang maksud dan kegunaan logo khususnya untuk membantu memperkenalkan sesuatu produk jualan kepada khalayak  pelanggan. Peserta diminta memuat turun gambar kartun yang sesuai untuk logo dan diajar untuk mengedit gambar yang telah dimuat turun itu menggunakan microsoft power point (crop/remove background). Setelah itu, peserta diajar memilih bentuk yang sesuai untuk logo, menukar warna yang menarik, memasukkan nama produk dan butiran ringkas berkenaan produk. Setelah siap memperkemas hasil kerja, petugas mengajar peserta cara menukar format logo yang dibuat daripada format power point kepada format JPEG. Peserta turut diajar cara untuk mencetak logo yang dibuat. atas talian. 

Klik sini untuk lihat foto