Tarikh : 2 Januari 2022 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya kemahiran membina carta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Buli siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet dengan melakukan aktiviti buli siber. Seterusnya, petugas mengedarkan lembaran yang mengandungi carta kepada para peserta kelas. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak yang membentuk carta. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan.