Tarikh   : 3 Febuari 2022

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya untuk menaip dan melabel gambar.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Peserta diingatkan agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak merosakkan alam sekitar. Setelah slot KDB, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape. Petugas meminta peserta menukar bentuk yang dimasukkan tadi kepada gambar yang telah dimuat turun daripada google. Seterusnya, peserta diajar cara memasukkan bentuk untuk mengisi maklumat sebelum menggunakannya untuk  melabel gambar.

Klik sini untuk lihat foto