Tarikh : 17 Febuari 2022 Masa : 2.00 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menghasilkan poster yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Buli Siber". Penayangan video tersebut berupaya mendidik peserta agar mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat poster. Peserta diajar cara mengedit template, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan poster yang siap dibuat dalam format JPEG.