Tarikh : 7 Mac 2022 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan membina jadual.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Melalui slot itu, peserta diingatkan agar tidak berlebih-lebihan berkongsi maklumat tentang diri di internet khususnya di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok kerana tindakan tersebut boleh mengundang kepada kejadian yang tidak diingini. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memasukkan jadual ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-table. Peserta diminta mengisi maklumat ke dalam jadual tersebut. Petugas juga mengajar peserta cara memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam jadual tersebut. Akhir sekali, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat.