Tarikh : 12 Mac 2022 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip khususnya untuk ahli baru PEDi.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Peserta diingatkan agar tidak berkongsi butiran berkaitan perbankan sewenang-wenangnya agar terhindar daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan huruf dan lain-lain. Petugas menyebut perkataan dan meminta peserta menaip perkataan tersebut.