Tarikh   : 8 Mei 2022

Masa     : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diajar untuk log masuk/daftar masuk Canva menggunakan emel. Petugas mengajar peserta untuk memilih template yang sesuai untuk mencipta sampul raya. Peserta diajar untuk memuat turun gambar template dari Google dan memuat naik ke aplikasi Canva.  Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi (elements dan text) yang ada di dalam aplikasi Canva. Petugas menunjukkan contoh yang telah dibuat  menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya, peserta diminta untuk mencipta sampul hari raya mengikut kreativiti masing-masing. Petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja yang telah disiapkan dalam format jpeg/pdf. Akhir sekali, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”. Petugas mengingatkan peserta agar tidak sewenang-wenangnya untuk berkongsi maklumat di media sosial jika tidak pasti.

Klik sini untuk lihat foto