Tarikh : 14 Mei 2022 Masa : 2.30 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan Microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point. Peserta diminta membuka microsoft power point. Seterusnya, mereka diminta memilih gambar latar belakang untuk animasi di google, muat turun dan memasukkan ke dalam Microsoft power point. Petugas mengajar peserta mencari gambar animasi bergerak di laman Gedung Animasi Bergerak. Setelah itu, peserta diajar memasukkan pergerakan pada setiap animasi menggunakan butang animation.Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan"