Tarikh : 3 Jun 2022 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft power point khususnya untuk membina peta minda.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan masjid-masjid cantik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam slide, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk pada slide menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG. Akhir sekali, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”.