Tarikh : 7 Jun 2022 Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi postermywall.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian perisian postermywall yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara membuka perisian postermywall menggunakan google. Petugas menunjuk ajar cara memilih template untuk mencipta kad jemputan perkahwinan, cara mengedit tulisan, menukar warna latar belakang dan corak kad. Peserta turut diajar tentang ciri-ciri yang harus ada untuk menghasilkan sebuah kad yang cantik dan menarik. Setelah siap mengedit kad, petugas mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja dengan format JPEG. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet"