Tarikh   : 9 Jun 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Petugas menunjukkan contoh sijil yang telah dibuat kepada peserta. Peserta diajar untuk menaip semula contoh sijil yang sedia ada di Google ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta diajar untuk membuat senarai nama menggunakan microsoft excel.(nama,no. Kad pengenalan dan tingkatan/tahun). Peserta diajar untuk menyimpan fail senarai nama tersebut. Peserta diajar untuk memasukkan data dari microsoft excel. Untuk memasukkan data nama dan no.kad pengenalan dalam sijil tersebut peserta diajar untuk klik Insert Merge Field dan Preview Results untuk memaparkan senarai nama. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet".

Klik sini untuk lihat foto