Tarikh : 11 Jun 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Postermywall khususnya untuk membuat suntingan buletin.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian Postermywall di internet menggunakan gmail. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memilih template untuk membuat buletin. Peserta diminta memuat turun gambar yang menarik mengikut tema tugasan daripada google sebelum memasukkannya dalam buletin yang dibuat. Peserta diajar cara mengedit warna, tulisan yang jelas dan menarik serta cara memilih bentuk yang sesuai untuk buletin tersebut. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Semak Label".