Tarikh : 3 Julai 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih ahli baru PEDi Kampung Niup asas menaip.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas meminta peserta membuka perisian microsoft word. Petugas kemudiannya mengedarkan kepada peserta teks untuk latihan menaip. Petugas mengajar peserta asas dalam menaip seperti cara membuat tajuk. Menukar huruf besar dan kecil, menjarakkan perkataan, memadam huruf dan membuat pemerengganan. Akhir sekali, peserta diajar cara untuk memperkemaskan hasil kerja. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Internet”.