Tarikh : 4 Julai 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diminta untuk membuat biodata diri mengikut kreativiti masing-masing. Petugas mengajar peserta untuk menggunakan fungsi Insert Table untuk menaip biodata diri supaya lebih kemas. Seterusnya peserta diajar untuk menggunakan fungsi Table Tools (Design/Layout). Peserta diajar untuk memuat turun gambar dari Google sebagai gambar profil di biodata diri. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan gambar menggunakan fungsi Insert Picture. Akhir sekali, peserta diajar untuk memperkemaskan hasil kerja yang telah siap. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Internet”.