Tarikh   : 6 Julai 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft power point khususnya untuk membuat buku cerita bergambar.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Petugas mengedarkan sehelai kertas yang mengandungi cerita pendek. Petugas mengajar peserta cara membuat buku cerita bergambar berdasarkan teks cerita yang diberi. Peserta diajar cara mencari gambar yang sesuai untuk latar belakang dan watak dalam cerita yang di google, cara menukar gambar latar belakang, memotong gambar yang telah dimuat turun daripada internet, cara memasukkan teks, menukar saiz, jenis dan warna tulisan agar jelas. Peserta diajar cara memperkemas hasil kerja yang dibuat. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”.

Klik sini untuk lihat foto