Tarikh   : 9 Julai 2022

Masa     : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft power point khususnya untuk membina slide.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian microsoft power point yang pelbagai. Petugas meminta peserta membina sebuah slide bertemakan “Tinggalan Sejarah Jepun di Kampung Siniawan Jepon dan Samarahan Estate” memandangkan lawatan sambal belajar ke tempat tersebut telah dibuat bersama ahli PEDi Kampung Niup yang lain beberapa hari sebelumnya. Peserta diajar cara memasukkan tajuk, gambar yang menarik, memasukkan bentuk yang sesuai untuk menambahkan peta minda sebelum menaip maklumat serta cara memasukkan animation pada slide. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”.

Klik sini untuk lihat foto