Tarikh : 11 Julai 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaannya. Peserta diajar untuk membuat jadual waktu menggunakan Insert Table (9x6). Peserta diajar untuk menaip dalam setiap row dan column. Peserta diajar untuk mengubah format menggunakan fungsi Home dari segi font, paragraph dan styles. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk menambah Page Borders untuk memperkemaskan hasil kerja. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”.