Tarikh : 13 Julai 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word khususnya untuk membina peta minda.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diminta memuat turun gambar daripada google. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-shape, format shape, insert picture. Peserta diajar melabel gambar bagi membuat peta minda ringkas juga menggunakan kaedah insert-shape. Seterusnya, peserta diajar menaip perkataan dan menukar warna pada bentuk-bentuk yang telah dimasukkan tadi untuk menjadikan hasil kerja bertambah menarik. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Semak Label”.