Tarikh : 3 Ogos 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menaip khususnya untuk ahli baru.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan huruf dan lain-lain. Petugas menyebut perkataan dan meminta peserta menaip perkataan tersebut. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Kewangan”.