Tarikh   : 11 Ogos 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft word khususnya untuk membuat invois perniagaan.

 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diminta membuka perisian microsoft word. Seterusnya, petugas mengedarkan kepada peserta contoh invois perniagaan. Petugas mengajar peserta cara membuat invois bertaip dengan format yang betul. Peserta diajar cara menaip nama syarikat atau perniagaan, cara menaip menggunakan kaedah insert table, hide border. Untuk bahagian rekod keluar masuk duit, peserta diajar cara menaip menggunakan jadual dan turut diajar kaedah merge cell sebelum merekodkan jumlah duit. Akhir sekali, peserta diajar cara memasukkan ruangan untuk tandatangan dan cop syarikat sebelum meminta peserta menyimpan hasil kerja yang telah siap untuk dicetak sebagai simpanan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”. 

Klik sini untuk lihat foto