Tarikh : 13 Ogos 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam membuat risalah yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengedarkan kepada para peserta contoh risalah. Petugas meminta peserta menghasilkan risalah berpandukan contoh yang diberi. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk risalah, menaip isi, memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google sebelum meletakkannya ke dalam risalah dengan kaedah insert shape, format shape, insert picture. Seterusnya, peserta diajar cara mencantikkan dan memperkemas hasil kerja yang dibuat. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”.