Tarikh : 2 September 2022 Masa : 2.30 petang -3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Powerpoint dan kegunaannya. Petugas menunjukkan contoh slide beserta fungsi hyperlink yang telah siap dihasilkan sebagai panduan. Peserta diajar untuk memilih tema yang sesuai untuk slide masing-masing.nPetugas mengajar peserta untuk menaip tajuk dan isi kandungan di dalam setiap slide. Petugas mengajar untuk memasukkan gambar ke dalam slide dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Seterusnya peserta diajar untuk menghasilkan text dan gambar hyperlink untuk setiap slide dengan menggunakan fungsi Insert>Link.
Peserta diajar untuk menyemak semula hyperlink yang telah dihasilkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan slide yang telah siap dalam format pdf/powerpoint presentation. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”.