Tarikh   : 5 September 2022

Masa     : 2.00 petang -4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan postermywall khususnya untuk membuat infografik kreatif.

Aktiviti yang dijalankan

 Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian Postermywall di internet menggunakan gmail. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memilih template untuk membuat info grafik. Peserta diajar cara mengedit warna, tulisan yang jelas dan menarik serta cara memilih bentuk yang sesuai untuk info grafik tersebut. Peserta diminta memuat turun gambar yang menarik untuk tugasan daripada google sebelum memasukkannya dalam info grafik yang dibuat. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Teknologi dan Anda. 

 

Klik sini untuk lihat foto