Tarikh : 18 September 2022 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diajar untuk membuat peta aliran berkaitan kitaran hidup haiwan. Petugas mengajar peserta untuk menaip tajuk bagi setiap haiwan yang di pilih. Seterusnya peserta diajar untuk menggunakan fungsi smartart untuk menampilkan informasi yang ringkas. Peserta juga diajar untuk menukar warna dan style bagi peta aliran yang telah dipilih. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “TVC Identiti".