Tarikh : 3 Oktober 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta membuat resume sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan nanti.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan kepada peserta tentang kepentingan resume dan maklumat yang perlu ada untuk menghasilkan resume yang lengkap. Peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook untuk membuat resume. Peserta diajar cara mengedit template resume, cara menukar tulisan, saiz dan warna. Peserta turut diminta untuk memasukkan gambar berukuran passport pada resume yang dibuat, diajar cara mengambil gambar sendiri dan mengedit latar belakang gambar menggunakan laman Remove Background sekiranya mereka belum memiliki gambar berukuran passport. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan resume yang siap dibuat dalam format PDF. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan atas talian".