Tarikh   : 4 Oktober 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diberi penerangan tentang kegunaan perisian microsoft power point yang pelbagai. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial cara menghasilkan buku cerita bergambar menggunakan perisian tersebut. Petugas mengajar peserta cara mengubah latar belakang slide sesuai dengan tema cerita bergambar yang ingin dibuat. Peserta diajar cara memasukkan tajuk utama menggunakan kaedah insert word art, memasukkan teks cerita, memuat turun gambar daripada google dan mengedit gambar. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah siap dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “sebenarnya.my". 

 

Klik sini untuk lihat foto