Tarikh   : 5 Oktober 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian microsoft powerpoint.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Powerpoint dan kegunaannya. Petugas menunjukkan contoh slide beserta fungsi hyperlink yang telah siap dihasilkan sebagai panduan. Peserta diajar untuk memilih tema yang sesuai untuk slide masing-masing. Petugas mengajar peserta untuk menaip tajuk dan isi kandungan di dalam setiap slide. Petugas mengajar untuk memasukkan gambar ke dalam slide dengan menggunakan fungsi Insert>Picture>Online Picture. Seterusnya peserta diajar untuk menghasilkan text dan gambar hyperlink untuk setiap slide dengan menggunakan fungsi Insert>Link. Peserta diajar untuk menyemak semula hyperlink yang telah dihasilkan. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan slide yang telah siap dalam format pdf/powerpoint presentation. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “TVC Identiti". 

 

Klik sini untuk lihat foto