Tarikh   : 12 Oktober 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran membina nota pembelajaran kreatif dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan gmail. Peserta diajar cara memilih template yang sesuai untuk membina nota pembelajaran yang kreatif. Peserta diajar cara mengedit warna, tulisan yang jelas dan menarik serta cara memilih bentuk yang sesuai untuk nota pembelajaran yang dibuat. Peserta diminta memuat turun gambar yang menarik untuk tugasan daripada google sebelum memasukkannya dalam kerja yang dibuat.  Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja dalam format JPEG untuk memudahkan kerja-kerja percetakan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Teknologi dan Anda". 

 

Klik sini untuk lihat foto