Tarikh : 18 Oktober 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh resume yang telah siap. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat resume. Peserta diajar untuk menggunakan fungsi text dan mengubah font dan jenis tulisan. Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi element untuk memasukkan icon ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar passport ke dalam Canva. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf.