Tarikh : 5 November 2022 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Canva.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh bahan-bahan infografik. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat infografik. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Canva. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf.