Tarikh   : 3 Disember 2022

Masa     : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan Microsoft Publisher. 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Publisher. Petugas menunjukkan beberapa contoh-contoh iklan. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat iklan. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Petugas mengajar peserta untuk menambah text dan gambar ke dalam iklan dengan menggunakan fungsi Insert. Peserta diajar untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian dengan tema. Seterusnya peserta diajar untuk menambah tanda promosi dengan menggunakan fungsi Insert>Advertisements. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Maklumat Palsu".

Klik sini untuk lihat foto