Tarikh : 16 Disember 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Powerpoint dan kegunaannya. Petugas menunjukkan contoh poster yang telah siap kepada peserta untuk rujukan. Petugas mengajar peserta untuk mengubah page setup kepada saiz A4. Peserta diajar untuk menukar warna latar belakang poster menggunakan format background. Seterusnya peserta diajar untuk memasukkan text dan picture ke dalam slide. Peserta diminta untuk menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan poster yang telah siap dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi Secara Berlebihan".