Tarikh : 13 Januari 2023 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Microsoft Powerpoint. Petugas menunjukkan beberapa contoh bahan-bahan infografik. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google atau menggunakan fungsi Insert>Icon untuk memasukkan ikon di dalam infografik. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam slide tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam slide supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf. Peserta diajar untuk menyimpan poster yang telah siap dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Buli Siber".